29 April 2009

DI KALA MULUT BISA BERBICARA

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA

“Kau ni tak ada kerja lainke? Menyanyi aje” Soal Leman kepada rakan karibnya Taufik

“Okla tu daripada aku mencarutke cakap tak tentu hala, lagi bagus aku menyanyi ”, Ujar Taufik dengan nada yang agak kasar, keras. Barangkali berang ditegur sahabatnya.

Siapa saja yang suka ditegur dan diperbetulkan. Manusia telah lahir bersama-sama sesuatu yang sentiasa berada di samping kita iaitu, ego. Keegoan, sifat yang membuatkan kita keras kepala, enggan serta menidakkan sesuatu perkara yang kadang kala memakan diri. Keegoan itu menebal di dalam jiwa masing-masing, saya juga tidak terlepas dari perkara ini.

Manusia dianugerahkan dengan peti suara dilengkapi mikrofon iaitu mulut. Mulut bisa melakukan apa saja. Dengan mulut peperangan boleh tercetus dan terhasilnya perdamaian hasil daripada perbincangan. Mulut jugalah yang seringkali merobek hati seseorang akibat dari kata-kata yang dituturkan tanpa memikirkan perasaan si penerima. Dari mulut juga terhasil pepatah Melayu, “Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa”

Bersesuaian benar pepatah itu,lebih-lebih lagi di era ini yang contohnya boleh dilihat, di dada kaca-kaca televisyen mahupun di dada akhbar. Tidak perlulah disenaraikan kerana pada hemat saya, kita tahu apa yang terjadi dan sudah pasti semua orang tidak terlepas dari situasi seperti ini sama ada kita sedar atau tidak. Sedar atau tidak, mulut sebenarnya merupakan senjata yang paling bahaya, lebih bahaya dari bom nuklear mahupun selsema khinzir yang menjadi kegusaran global pada masa ini.

Allah mengurniakan kita mulut, agar kita manusia boleh berkomunikasi sesama sendiri dan hidup dalam komuniti. Aktiviti harian kita seperti belajar, melakukan urusan perniagaan dan pelbagai lagi yang melibatkan pertuturan sudah pasti terbatas sekiranya nikmat ini ditarik. Jika dari asal kejadian manusia, dari zaman Nabi Adam A.S mulut sudah tiada fungsi dan berperanan hanya sebagai perhiasan maka tidaklah manusia itu bercakap sebaliknya menggunakan cara lain untuk berkomunikasi.

Contoh yang paling mudah ialah apabila kita melihat manusia yang istimewa (orang yang tidak boleh berkata-kata , bisu) bertutur. Mereka menggunakan isyarat tangan. Setiap pergerakan tangan beserta ekspresi muka itu menggambarkan simbol yang tidak kita ketahui melainkan kita mempelajarinya sendiri. Begitu juga kita, apabila cuba berkomunikasi dengan mereka, alternatif yang boleh digunakan ialah pen dan kertas agar mesej yang ingin disampaikan itu berjaya selain mempelajari isyarat tangan.

Setiap satu masalah yang timbul pasti menjanjikan penyelesaian. Allah menguji manusia, dilahirkan seseorang itu bisu. Lalu manusia yang bisu itu menggunakan akal yang dikurniakan untuk mencari penyelesaian. Konklusinya, lahirlah isyarat tangan yang membolehkan golongan istimewa ini berkomunikasi. Syukur, betapa kasihnya Allah kepada hambaNya.


ISYARAT TANGAN BAGI MEREKA YANG KURANG UPAYA


Mulut sering disalah gunakan oleh kita yang bergelar insan. Perkara yang sepatutnya menjadi tugas mulut diabaikan akan tetapi perkara yang sepatutnya ditunaikan menjadi “ tanggungjawab” kita. Kita menjalankannya tanpa disuruh walhal perkara tersebut patut dijauhi. Semua orang menghadapi masalah tersebut, saya tergolong juga dalam golongan ini.

Kegunaan mulut:

Bercakap tentang kebesaran Allah dan Nabi Muhammad S.A.W

Berzikir memuji Allah serta mengaji

Menyampaikan ilmu dan kebaikan

Berpesan ke arah kebaikan

Contoh di atas merupakan beberapa tugas yang menjadi tanggungjawab mulut dapat saya senaraikan. Pelbagai lagi yang boleh disenaraikan namun cukuplah sekadar ini sebagai perkongsian. Tanggungjawab ini seringkali kita, hamba Allah seringkali abaikan, menidakkannya dan paling utama melupakannya dek kerana “kesibukan” bekerja, belajar serta lain-lain hal yang membebani kehidupan seharian.

Akan tetapi, mulut sering digunakan untuk:

Mengumpat dan mengeji

Memuji keindahan serta kecantikan manusia

Menipu serta membohongi orang

Menyanyi dan berkaraoke lagu-lagu ciptaan manusia.

Sudah pasti ramai di antara kita yang melakukannya. Tanpa disuruh kita tahu “tanggungjawab” kita. Antaranya ialah mengumpat di mana menjadi agenda harian umpama para menteri bersidang di parlimen saja gayanya. Menteri bersidang cuba memajukan negara serta memperbaiki kehidupan rakyat, kita pula sibuk bersidang menceritakan perihal seseorang. Sedih bukan?

Nyawa kita sebenarnya umpama telur di hujung tanduk. Bila masa saja nyawa boleh dicabut. Setiap saat ada saja orang yang mati dan digantikan dengan bayi yang baru lahir. Jika mulut masih boleh berbicara gunalah pada kebaikan.. Banyak kebaikan serta faedahnya...Zikirlah kerana setiap zikir yang meluncur keluar dari mulut mendatangkan pahala, InsyaAllah.

Saya sering terlihat, manusia terutama sekali umat Islam berpusu-pusu mengunjungi pusat hiburan keluarga atau lebih mudah dipanggil “pusat karaoke”.

“Agaknya diorang ni mengaji ke tak ye?”, getus saya sendirian

“Mesti diorang ni mengaji baru pergi karaoke”, segera hati saya menghilangkan rasa sangsi di hati.

Tak elok rasa sangsi pada orang lain. Sentiasalah bersangka baik sesama kita

PADA SAYA, KALAU ADA MASA UNTUK BERHIBUR DAN BERKARAOKE NESCAYA KITA ADA MASA UNTUK DIPERUNTUKKAN PADA PENCIPTA. SUNGGUH TIDAK ADIL KITA INI, KERANA MEMBELAKANGI ALLAH, TUHAN PENCIPTA SEKELIAN ALAM.

CUBALAH BERLAKU ADIL KEPADA DIRI SENDIRI, IBU BAPA DAN ALLAH

26 April 2009

INI DINAMAKAN TAKDIR

SALAM

Lumrah hidup manusia, yang muda akan tua dan yang tua sudah pasti akan meninggalkan kita dalam erti kata lain, meninggalkan dunia yang fana ini. Ini tidak bermakna manusia hanya akan mati pabila tua. Tidak benar sama sekali. Maut tidak mengenali sesiapa, bila tiba ajal seseorang itu maka terputuslah antara roh dan jasad. Terhenti perhubungan antara individu tersebut dengan mereka yang digelar adik-beradik, sahabat handai serta keluarga. Terhenti juga segala urusan di muka bumi serta amalan manusia itu.

Dalam entri yang lepas, saya ada menyentuh mengenai TADBIR, Manusia yang diberi pilihan untuk mentadbir dirinya, diberi kebebasan untuk membuat keputusan dan berusaha untuk mencapai sesuatu yang diidamkan. Lain pula untuk TAKDIR, di mana takdir itu suatu yang sudah pasti yang telah ditetapkan Pencipta. Apa cara yang diusahakan manusia tidak dapat melawan takdir.

Terdapat beberapa yang telah ditetapkan atau ditakdirkan dalam kehidupan manusia seperti ajal dan maut seseorang serta jodoh dan pertemuan. Ini merupakan contoh mudah yang boleh dirungkaikan kerana sesiapa saja mengerti serta memahaminya.

Takdir Allah tidak boleh diubah kerana segalanya telah ditetapkan, sebelum kita lahir ke dunia lagi, seawal kita manusia berada di alam roh. Bila berbicara tentang takdir, ramai orang akan berserah bulat-bulat tanpa mahu berusaha dan berdoa.

“Ala, dah takdir nak buat macam mana, biar jela”, keluh Rahim

“Aku pasrah, memang dah tertulis aku akan dapat penyakit ni”, kata Zubir perlahan

Manusia dikurniakan dengan akal fikiran, sesuatu yang membezakan manusia dengan haiwan, malaikat serta jin dan iblis. Gunakanlah akal untuk sesuatu yang baik di mana kita boleh memilih untuk mentadbir. Memang sudah ditetapkan tetapi hal ini berkait dengan Rukun Iman, iaitu percaya dengan Qada dan Qadar. Berusahalah untuk mendapat keredhaan sebelum terputus segala urusan kita di Bumi Allah ini agar kehidupan selepas mati lebih bermakna, dipermudahkan Allah dan berada di landasan yang betul.

Oleh itu harus diingat lima perkara sebelum sampai lima perkara:

· Muda sebelum Tua

· Sihat sebelum Sakit

· Lapang sebelum Sempit

· Kaya sebelum Miskin

· Hidup sebelum Mati

Kita tidak tahu bila kita akan pergi, pergi yang tidak kembali oleh itu ambil jalan selamat kerana terdapat tiga perkara dapat membantu kita di sana kelak iaitu, ilmu yang diajarkan, doa anak yang soleh, harta yang dibelanjakan di jalan Allah (amal jariah seperti sedekah, membina masjid, derma kepada yatim)

Mungkin cara kematian yang berbeza, terkorban ketika berjihad di jalan Allah, menghembuskan nafas terakhir semasa tidur atau sebagainya. Macam-macam cara manusia meninggal dunia, setiap satu mempunyai sebab. Sebab yang mendatangkan logik kepada kewarasan akal fikiran supaya kematian itu tidak disangkal.


“Macam mana almarhum meninggal?”, Tanya Pak Abu

“ Sakit, Pak Abu, sakit Asma”, jawap si Leman.



Asma menjadi sebab kepada kematian tetapi yang sebenarnya, sudah sampai
ajal si mati untuk meninggalkan dunia ini.



Ya Allah, cucurilah Rahmatmu kepada semua kaum Muslimin dan Muslimah yang telah meninggal dunia, tempatkanlah mereka di kalangan orang yang beriman. Terangilah kubur mereka seperti tamanMu di syurga, Ameen.

Manusia dicipta berpasang-pasangan. Sejak dari zaman Nabi Adam A.S, baginda sudah diciptakan pasangannya, Hawa. Orang cakap, jodoh tak datang bergolek. Biarpun jodoh itu sudah ditetapkan tetapi manusia tetap perlu berusaha. Kitaran sama seperti kita belajar, di mana usaha diletakkan supaya kita mengecapi keputusan yang diidamkan. Begitu juga jodoh, tetapi tidaklah perlu terlalu dikejar.

Apabila sudah menemui pasangan anda, gunakanlah agama dan adat sebagai panduan supaya perhubungan yang terbina kekal, insyaAllah. Jangan terlalu mengikut hawa nafsu kerana syaitan sentiasa menghasut kita, menjerat kita agar kita termasuk dalam golongan mereka.

Gunakanlah medium yang betul dan lakukan rujukan. Islam telah meletakkan
garis panduan dalam memilih jodoh iaitu:

· Beragama, berilmu

· Berasal dari keturunan yang baik

· Berharta

· Paras rupa

Empat kriteria tersebut telah ditetapkan. Jadi gunakanlah sebagai panduan dan diguna pakai. Jangan diikutkan hati. Ikut hati Mati. Ikut rasa Binasa.


Perkenalan..Merisik..Bertunang..Menikah

Sememangnya takdir itu sesuatu yang sudah tetap tetapi manusia diberi kuasa untuk mentadbir. Gunakanlah kelebihan yang dianugerahkan itu semaksimum mungkin. Berusaha, Berdoa dan Bertawakal. Selalulah mengingati mati agar kita sentiasa beringat. Sebagaimana yang pernah saya katakan, manusia mudah lupa. Jadi dengan mengingati mati, insyaAllah kita akan sentiasa berwaspada dan ingat asal kejadian kita serta Pencipta kita.


"Man Jadda Wa Jadda", setiap sesuatu yang diusahakan insyaAllah pasti berjaya

23 April 2009

BAHAGIAN PENTADBIRAN


- ASSALAMUALAIKUM -


Kebanyakan kita dilahirkan cukup sifat, punya anggota badan yang sihat serta akal fikiran yang bisa membolehkan kita membezakan antara baik dan buruk lebih-lebih lagi tentang halal dan haram. Sejak dari kecil, ibu bapa kita tidak pernah penat mengingatkan kita supaya belajar bersungguh-sungguh agar kita menjadi seseorang di kemudian hari.

Pelajaran begitu dipentingkan di mana saja. Sekiranya kita berusaha bersungguh-sungguh diikuti doa dan tawakal insyaAllah kita akan berjaya. Berapa ramaikah di luar sana yang mengecap kejayaan demi kejayaan berikutan usaha mereka yang tidak pernah kenal penat lelah, tidak pernah kenal erti putus asa serta jemu.

Tanpa sedar, hidup kita juga begitu. Manusia sebenarnya mentadbir kehidupannya sendiri. Tiada siapa yang dapat menentukan hidup kita. Kita mentadbir perjalanan hidup kita. Sebagai contoh, kita boleh meletakkan sasaran terhadap keputusan UPSR, PMR mahupun SPM.




HARI GRADUASI..BERJAYA MENGGENGGAM SEGULUNG IJAZAH SETELAH BERHEMPAS PULAS UNTUK MENDAPATKANNYA

Jika kita berusaha insyaAllah kita akan berjaya mengecapnya. Kita mempunyai pilihan untuk mentadbir (memutuskan):

- Dengan siapa kita berkawan

- Memilih untuk belajar dalam sesuatu jurusan

- Makanan dan minuman yang menjadi pilihan kita

- Meminati sesuatu genre muzik

Contoh di atas mungkin empat daripada berjuta-juta atau bilion dan mungkin juga trilion pilihan yang kita buat dalam kehidupan seharian kita. Tiada siapa dapat melarang pilihan kita. Jika dilarang sekalipun sekiranya kita nekad, jawapannya tetap sama, “its in your hand” sama seperti tema rangkaian telekomunikasi terkenal, CELCOM.

Jelas sekali, manusia mentadbir kehidupannya. Kita diberi pilihan untuk mencorak hidup kita, merancang dan melaksanakan sesuatu.

“Aku tak pandai, aku tak boleh jadi macam kau”, jelas Zali.

“Kenapa kau cakap macam tu?”, soal Remy

“Yela, tiap kali ujian kau dapat markah tinggi, tapi aku nak lulus pun susah”, terang Zali.

Benarkah pernyataan tersebut?
Ada dua kemungkinan, satu ialah empunya badan kurang berusaha. Pernah anda mendengar cerita atau terbaca mengenai batu yang menjadi lekuk apabila setiap masa air menitis ke atasnya. Lama-kelamaan batu yang keras menjadi lekuk dek titisan air yang terus-terusan menitik. Titisan itu walaupun tidak kuat tetapi tahap konsistensi yang sangat tinggi menghasilkan lekuk pada batu. Begitu jugalah usaha manusia, sedikit demi sedikit.



TITISAN AIR MENGHASILKAN LEKUK PADA BATU YANG KERAS PADA SIFATNYA..MANUSIA YANG SANGGUP BERUSAHA SEPERTI AIR INSYAALAH PASTI BERJAYA.

Jarang kita mendengar seorang anak kecil boleh membaca tanpa perlu belajar. Bermula dari mengenal huruf, mengeja barulah anak itu dapat membaca, membaca yang pada mulanya gagap dan tersangkut-sangkut sehinggalah boleh membaca dengan kuat dan lantang.

Kedua ialah mungkin usaha tersebut belum dimakbulkan Allah. Kita manusia hanya mampu merancang. Segala di tangan Allah yang menentukan segalanya. Kadang-kadang kita berusaha bersungguh-sungguh dalam sesuatu perkara yang tetapi kita masih belum mengecap kejayaan. Perkara yang diusahakan masih belum diperkenan Allah lalu usaha kita tidak berjaya.

Jangan pernah rasa sesal atau berputus asa. Sentiasa ingat segala apa yang kita usahakan adalah di dalam ruang lingkup kekuasaan Allah. Tidak ada suatu pun yang terlepas. Tawakal dan doa seharusnya menjadi pegangan. Apabila sudah berusaha, berdoa dan bertawakal agar segala yang diusahakan dipermudahkan Allah. Usaha tangga kejayaan, tanpa usaha impian dan kenyataan tak akan jadi kenyataan. Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu mengubah nasib mereka sendiri.


TADBIR HIDUP KITA, BERUSAHA UNTUK SESUATU SEOLAH-SEOLAH KITA AKAN HIDUP SELAMANYA...SEMBAHYANGLAH SEOLAH-OLAH ITU SOLAT TERAKHIR KITA


21 April 2009

“Apa senyum-senyum?” bentak seorang gadis yang rimas apabila diganggu seorang pemuda semasa menunggu bas.

“Ai, senyum pun salahke?”

“Bukan saya buat apa pun” ujar pemuda tersebut.

“Lagipun senyumkan sedekah”, seloroh pemuda itu sambil tersengih.

Dengan muka yang masam, wanita tadi berlalu dan meninggalkan perhentian bas tersebut kerana kebetulan bas tiba.

Pemuda tersebut menggeleng kepala dek perlakuan gadis tersebut. Salahke senyum?? Bukan nak mengurat pun.. Cukup sekadar senyum. Monolog pemuda itu sendirian.




courtesy of: youtube.com

hak milik: jawabosan.blogspot.com



Senyuman, satu ekspresi yang terpancar di wajah kita yang memberikan makna yang positif. Positif kepada yang melakukannya dan juga merangsang pihak yang memandangnya. Senyuman adalah “body language” di mana pertuturan tidak berlaku, cukup dengan satu ekspresi yang mempunyai makna yang sangat mendalam.

Kata orang, senyum itu awet muda. Ini benar kerana apabila anda senyum urat di muka anda kendur dan otot di muka anda juga kendur. Cuba bayangkan ketika anda marah atau muka anda masam. Secara automatik, kulit muka anda menegang otot di muka anda akan bekerja mengiringi kemarahan anda. Sekarang pilihlah antara senyum atau bermasam muka. Mana satu pilihan anda?

Senyum sangat membantu dalam sesuatu situasi seperti apabila anda hendak memulakan perkenalan atau menegur seseorang. Senyum dahulu kemudian baru anda tegur orang tersebut. Maka terjadilah proses perkenalan tersebut. Atau mungkin apabila anda memujuk seseorang, contohnya apabila anak sedih apabila tidak dapat melakukan sesuatu setelah beberapa kali mencuba, cukup dengan senyum dapat memulihkan semangat anak tersebut dan ucapan “cuba lagi” sudah cukup untuk menghilangkan resah si kecil.

Senyuman adalah sesuatu yang sangat universal, ke mana saja anda pergi di dunia ini manusia mengerti dan faham ekspresi yang cuba anda tonjolkan di sebalik perbuatan anda. Tidak perlu ucapan atau kata-kata, cukup dengan satu perbuatan dapat meluruhkan jiwa yang kesah, melupakan sementara masalah yang ada, membuat orang gembira.

“Action speaks louder than words”, mungkin ini bertepatan kerana dengan sedikit mimik muka dan ekpresi sudah memadai tanpa perlu bersuara. Sesuatu yang sangat mudah bukan? Hanya mengambil masa beberapa saat untuk melakukan. Perkara yang benar-benar mudah dilakukan.

Orang cakap senyum itu sedekah. Di mana datangnya sedekah? Dari ekspresi yang dipancarkan kepada seseorang maka terhasillah perkongsian emosi tersebut. Perkongsian yang membawa 1001 makna kepada seseorang, menggembirakannya, menghilangkan kegusaran yang timbul dan pelbagai lagi contoh yang tidak perlu dijelaskan.

“Dunia dah maju, zaman dah berubah” motto akhbar Berita Harian, sesuai sekali dengan sikap dan perlakuan manusia masa kini. Sikap manusia yang rakus mengejar duniawi, sesuatu yang tidak kekal hingga melupakan adab ketimuran kita, yang tidak mengendahkan orang lain. Mementingkan diri sendiri.

Di era “dog eat dog” ini, manusia sentiasa memikirkan diri sendiri tanpa mempedulikan orang lain. Mengutamakan diri dan jika bernasib baik mungkin terselit sedikit mengenai orang lain. Jika tidak, dalam benaknya hanya ada dirinya dan orang yang mempunyai kepentingan kepadanya. Orang lain diabaikan, dibiarkan tersisih sehingga melakukan sesuatu yang sangat mudah diabaikan iaitu “senyum”.

Jika dulu anda boleh lihat orang di sekeliling anda mudah tersenyum dan sering membalas senyuman anda tapi tidak sekarang. Hendak melihat orang senyum sangat susah, seolah-seolah senyum memerlukan bayaran. Takkan nak senyum kena bayar macam masuk tandas!! Sekali senyum kena cas 20 sen.

Kenapa mesti sombong dan mahal dengan senyuman? Jika Allah mengenakan bayaran untuk setiap Oksigen yang kita sedut sudah pasti kita tidak dapat membayarnya.

Ingatlah senyuman itu sedekah, sesuatu yang mendatangkan kebaikan kepada kita yang membawa kepada pahala. Tidak susah, hanya sepantas kiraan satu, dua dan tiga, kita sudah mampu mengukir senyum. Senyuman yang dapat mengubah dunia..

-SENYUM SOKMO-

19 April 2009

Peraturan dan Undang-undang

Assalamualaikum

"Rules are meant to be broken".. Benarkah pernyataan tersebut.. Boleh diguna pakaikah kenyataan itu.. Sejauh manakah kebenaran kenyataan tersebut?

"Why do you stop? Come lets go. We've already late to the office", rungut John kepada David yang memberhentikan kereta di lampu isyarat apabila lampu bertukar kuning.

Mereka berdua sudah terlewat ke pejabat pada pagi isnin tersebut kerana pergi berfoya-foya semalam. Pagi tersebut mereka ada pembentangan di pejabat melibatkan projek bernilai jutaan ringgit. Hobi mereka berdua pada hujung minggu adalah menghabiskan masa di kelab malam sekitar KL dan meneguk air kencing syaitan ditemani pegawai perhubungan pelanggan (GRO). Itu sudah menjadi rutin mingguan mereka.

Sebaik saja David menekan pedal minyak dan berlepas sebiji motosikal yag ditunggang laju melintas di hadapan mereka. Satu dentuman yang kuat terhasil. Kelihatan penunggang motosikal tersebut terbaring di tengah jalan berlumuran darah, kaku.

David dan John pucat lesi kerana terperanjat. Beberapa ketika kemudian pihak polis dan ambulans sampai di tempat kejadian. John dan David ditahan bagi membantu siasatan.


Disebabkan sikap yang terburu-terburu, satu nyawa sudah melayang. Projek yang bernilai jutaan ringgit sudah jatuh ke tangan orang lain. Benarkah pernyataan "Rules are meant to be broken" sekarang?

Disebabkan melanggar undang-undang yang telah ditetapkan, pelbagai perkara boleh terjadi. Begitu juga dengan lain-lain peraturan dan undang-undang yang telah digubal oleh kerajaan bagi memastikan rakyat Malaysia hidup dengan aman dan sejahtera. Dengan dasar demokrasi, rakyat bebas melakukan sesuatu selagi perkara tersebut tidak melanggar peraturan.

Namun begitu, manusia sememangnya terkenal dengan sifat degil yang enggan menuruti peraturan yang telah ditetapkan. Sesiapa pun tidak suka terkongkong dan dikawal. Semakin mereka dikawal semakin mereka memberontak.

Lihat saja di dada akhbar, sebagai contoh kes remaja lari dari rumah kebanyakannnya berasal dari rasa tidak puas hati dan marah remaja kepada ibu bapa. Mungkin tidak puas hati dengan "do's and dont's" yang ditetapkan ibu bapa mereka.

Sekiranya tiada undang-undang di dalam dunia ini manusia tidak ubah seperti haiwan, yang hidupnya tiada panduan di mana yang kuat dan berkuasa akan menindas kelompok yang lemah. Yang besar akan terus bermaharajalela manakala yang kecil akan hidup dalam ketakutan.




Singa..Raja di hutan

Dek kerana itulah manusia dikurniakan akal fikiran oleh Allah, akal yang dapat membezakan antara baik dan buruk agar manusia menggunakannya pada jalan kebaikan. Manusia juga dikurniakan satu penyakit yang kronik iaitu pelupa. Sesuai dengan gelaran manusia, insan ataupun nis yan dari perkataan Arab bermaksud "LUPA".
Manusia seringkali alpa untuk menunaikan tanggungjawab yakni menurut undang-undang yang telah ditetapkan.


Kerana akal itulah maka diciptakan syurga dan neraka serta hukum dosa dan pahala. Kita sebagai hamba Allah terikat dengan undang-undang dan peraturan yang ditetapkanNya. Jika menurut pasti ganjaran pahala sekiranya ingkar maka dosalah yang menanti.

Lihat saja Nabi Adam A.S manusia pertama yang dicipta Allah, dengan mudah terpengaruh dengan hasutan Syaitan supaya memakan buah Kholdi mengakibatkan kemurkaan Allah. Peraturan yang ditetapkan Allah diingkar Nabi Adam A.S yang menyebabkan Nabi Adam A.S dikeluarkan dari syurga. Puas Nabi Adam memohon keampunan baru akhirnya doanya dimakbulkan Allah.

Sebagai hamba kita tertakluk, tertakluk dengan undang-undang dan peraturan seperti solat, menjaga aurat, bercakap benar dan pelbagai lagi peraturan jika dipatuhi sudah pasti di akhirat kelak dijanjikan syurga Allah. Malaikat Munkar dan Nakir sentiasa mencatat segala kebaikan dan kejahatan yang kita lakukan.

Terserah anda sama ada untuk menurut peraturan dan undang-undang yang ditetapkan atau tidak. Sesuatu yang sangat indah tentang Islam ialah tiada paksaan dalam melakukan sesuatu. Mungkin di dunia anda melanggar peraturan dan terlepas dari hukuman. Tapi jangan sekali-kali lupa bahawa akhirat itu pasti. Setiap apa yang kita lakukan di dunia pasti mendapat pembalasan di sana. Sekarang, cuba anda tarik nafas dalam-dalam dan cuba renungkan seketika apakah yang telah anda lakukan pada hari ini? Apakah anda menunaikan tanggungjawab anda sebagai hambaNya?


GUNAKANLAH NIKMAT AKAL YANG DIKURNIAKAN SEBAIK-BAIKNYA, SEMOGA KITA SAMA-SAMA BEROLEH KESENANGAN KELAK


-AMEEN-
-WASSALAM-


17 April 2009

Pengalaman...titik mula untuk berubah


ASSALAMUALAIKUM


Orang cakap kalau banyak membaca luas pengetahuan dan banyak berjalan luas pemandangan..Benar sekali kata-kata tersebut, telah terbukti orang yang banyak membaca luas pengetahuannya..Mengikut jenis bacaan yang dihadam empunya diri..Bagi yang berpeluang melawati tempat orang sudah pasti dapat belajar sesuatu yang baru mungkin dari segi kebudayaan, cara hidup dan mungkin juga makanan..Sesuatu yang sangat menarik.


Dengan cara tersebut kita boleh belajar sesuatu selain menuntut ilmu di sekolah, universiti dan mungkin juga kuliah di masjid mahupun surau. Banyak cara kita boleh belajar tapi yang ingin di ketengahkan di sini ialah belajar dari pengalaman.

Pengalaman bukan macam baca buku yang kita boleh dapat dengan hanya duduk dan mengadap buku tersebut. Pengalaman juga kita tidak kita perolehi dengan wang ringgit. Pengalaman adalah sesuatu yang sangat berharga yang kita dapat bila kita tersepit dalam suatu situasi, tersalah membuat keputusan dan mungkin juga berada di salah tempat pada waktu yang salah.

"Ibu, adik jatuh basikal", seorang anak kecil menangis teresak-esak mendapatkan ibunya yang berada di dapur. Anak itu segera memeluk ibunya dan pelukan itu dibalas bersama-sama kata perangsang agar buah hatinya itu berhenti menangis.

"Ala, sikit je ni. Adikkan hero. Hero mana boleh menangis", pujuk ibunya. Setelah beberapa ketika anak kecil itu berhenti menangis dan lukanya disapu ubat agar cepat sembuh.

Selang beberapa hari, anak kecil tersebut mengayuh kembali basikal kesayangan yang dihadiahkan ayahnya. Dia berazam untuk belajar mengimbang badannya agar tidak jatuh lagi kerana dia tahu jatuh itu menyakitkan. Beberapa jam kemudian anak kecil itu berjaya, berkat dari usaha dan keazamannya itu.







Inilah yang dikatakan pengalaman. Kronologi dari anak itu jatuh basikal mengakibatkan kesakitan yang dialami maka lahirlah keazaman untuk belajar menunggang basikal supaya tidak jatuh lagi. Jatuh yang mengakibatkan luka dan kesakitan menyebabkan otak memproses data di mana impuls di hantar ke otak agar mengimbangi badan semasa menunggang basikal supaya tidak berulang situasi yang sama.

Contohnya cukup mudah, seorang anak kecil yang jatuh, tetapi impaknya amat besar. Letakkan diri anda pada sesuatu situasi, di mana anda menghadapi kesukaran seperti gagal dalam peperiksaan yang menyebabkan kedua ibu bapa berang, tersalah pilih kawan yang merosakkan dan mungkin tersalah membuat pilihan dalam hidup.

Kesan daripada ini pasti mendatangkan kekesalan kepada kita. Tapi yang pasti kita belajar di situ, belajar dari kesilapan dan kealpaan yang kita telah lakukan. Proses ini mematangkan kita agar lebih berhati-hati dalam membuat keputusan, di mana kadangkala keputusan itu akan mempengaruhi hidup kita sehingga ke akhir hayat.

Lebih banyak kesilapan yang dilakukan lebih banyak peluang kita untuk memperoleh pengalaman. Jangan rasa sesal apabila melakukan kesalahan tetapi menyesal apabila kita tidak berubah apabila telah melakukan kesilapan. Manusia tidak lekang dari melakukan kesilapan kerana manusia itu tidak sempurna, dari sikapnya sendiri, hawa nafsu dan juga godaan syaitan yang ingin kita sama-sama menemaninya di akhirat kelak.

Pengalaman merupakan titik tolak manusia untuk berubah bagi mereka yang mahu berubah. Bukan semua orang mudah berubah. Berubah itu sendiri amat subjektif, terpulang kepada empunya badan. Kiraannya amat mudah, "Jangan sudah terhantuk baru hendak terngadah". Jangan apabila sudah terlalu lewat baru hendak berubah. Nasi sudah menjadi bubur. Penyesalan adalah jalan terakhir yang anda ingin lakukan ketika itu.

Kita semua dikurniakan akal fikiran jadi gunakanlah nikmat yang Allah kurniakan sebaiknya. Semoga kita menjadi insan yang lebih bersedia untuk menjalani kehidupan di dunia dan mempersiapkan bekalan untuk dibawa bersama di akhirat kelak. Ameen.


"PERUBAHAN ITU PERLU DALAM HIDUP"






16 April 2009

Oh ibu

Ibu..ibu

Engkaulah ratu hatiku

Bila ku berduka

Engkau hiburkan selalu

Ibu..ibu

Engkaulah ratu hatiku

Lagu tersebut pernah popular satu ketika dahulu. Ia merupakan lagu tema bagi iklan susu tepung. Bukan iklan yang menjadi topik kita tetapi seorang wanita yang bergelar ibu...

Ibu,

Orang yang mengandungkan kita selama 9bulan 10hari.. Selama itulah kita makan dan minum bersamanya.. Apa saja yang ibu makan kita makan.. Begitu juga minumnya.. Kita juga dibawa ke mana saja..

Apabila sudah sampai tempoh matang atau cukup bulan maka lahirlah seorang putera atau puteri... Mereka inilah yang dibaja dengan sepenuh kasih sayang.. Dibelai dan dimanj.

Hari demi hari dilalui dan kita membesar.. Dari bayi kemudian kanak-kanak seterusnya remaja dan sehigga kita besar.. Menjadi manusia berguna hasil didikan mereka yang bergelar ibu

Mungkin anda pernah menghadapi situasi ini:

“Lan, tolong belikan emak gula kat kedai”, pinta seorang ibu...

Jawap anaknya, “Ah malasla mak”, bentak seorang anak

Mungkin juga ini:

“Mak, hari ni orang ada kelas tambahan , orang balik lambat”, bohong seorang anak kepada ibunya

Si Ibu yang percaya bulat-bulat kepada anaknya mengiyakan saja dan memberi wang saku tambahan sebelum menurunkan anaknya di depan pagar sekolah walhal ibu tersebut mentah-mentah ditipu anaknya.

Percaya atau tidak situasi ini memang berlaku dalam kehidupan seharian kita. Sama ada sedar atau tidak kita seringkali menyakiti ibu kita, menyinggung perasaannya dan juga menyakiti hatinya.

Pernahkah kita terfikir bagaimana selama 9 bulan ibu kita membawa kita bersama-samanya.. Di hari kita dilahirkan ibu sebenarnya bertarung dengan maut untuk melahirkan kita. Tergamak kita lakukan ibu kita sebegitu rupa.. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu

Cuba bayangkan satu hari, anda berada di rumah bersama keluarga anda. Anda tersedar lebih awal dari semua orang.. Ibu anda juga terlewat ketika itu.. Bangun dalam keadaan sunyi bayangkan pada hari itu ibu anda telah pergi mengadap Ilahi. Pergi hakiki yang tidak pulang. Walhal setiap pagi, anda bangun dengan melihat senyuman ibu dan sarapan yang sudah terhidang.

Mungkin semalam anda ada menyakiti hatinya, melukai hatinya. Anda belum sempat memohon maaf.. Anda juga belum puas mengatakan yang anda sayang padanya... Bagaimana?? Menyesal?? Mungkin sudah terlambat..

Ingatlah ajal dan maut di tangan Allah. Bila-bila masa saja nyawa ibu boleh dicabut. Begitu juga nyawa kita, adik-beradik, sahabat dan sesiapa saja.. Apa salahnya kita menjaga hati ibu kita, menyayangi ibu sepenuhnya dan mungkin mendengar perintah ibu..semua itu tak perlukan bayaran..

Ramuannya adalah sedikit pengorbanan diadun dengan sedikit usaha dicampur rasa hormat dan sayang kepada ibu mungkin formula untuk mentaati ibu boleh terhasil

FORMULA UNTUK TAAT IBU:

Pengorbanan + Usaha + Sayang + Hormat --> (PUSH)= Kegembiraan ibu!!

Terlalu terbeban? Susah? Bagaimana ketika ibu anda membawa anda selama 9 bulan, melahirkan anda dan juga membesarkan anda..bagaimana situasi tersebut? Pernah terlintas di fikiran anda?

Sayanglah di kala ada, taatilah semasa hidup dan doakanlah kesejahteraannya pabila sudah pergi. Jasa dan pengorbanan ibu terlalu besar.. Tak mampu diungkapkan dengan kata-kata.. Tak terbayar dengan wang ringgit.. Tidak ada satu benda di dalam dunia yang dapat membalas jasa ibu kita...

~AMPUNKAN KHILAFKU IBU~

14 April 2009

JANJI...sejauh manakah kebenarannya??

"saya janji dengan kamu"

"kamu boleh pegang dengan janji saya"

"sayang...abang janji dengan sayang"

"kita dah kenal lama, aku janji aku bayar balik duit kau tu"

Berjanji..mengucapkan perkataan janji it sendiri adalah satu perkara yang sangat mudah.

Kalau mahu diibaratkan..istilah untuk menunjukkan betapa entengnya perkataan janji ialah "kacang" iaitu sesuatu yang sangat mudah.

Manusia sering menabur janji..Janji ditabur seolah-olah menyemai benih anak sawi di batas..
Cukup masa tuai..best betul

Tapi pernahkah kita terfikir..perkataan janji itu sendiri sudah berat apatah lagi menunaikannya.

Selalunya orang akan berjanji apabila ingin mendapatkan keyakinan seseorang , memujuk, dan macam-macam lagi.

Pokoknya objektif mereka tercapai....tapi pernahkah kita terfikir impak daripada janji yang kita buat???

Bila kita tak dapat kotakan janji tesebut, apa hukumnya?
Bukankah ianya berdosa???
Kita beri harapan pada orang lain tapi bila janji itu dituntut kita tak dapat kotakannya

Mungkin orang itu boleh dilabel sebagai hipocratus agung atau lebih mudah dikenali sebagai MUNAFIQ..

Bila manusia berharap dan janji itu tidak dikotakan sudah mesti akan timbul rasa kecewa..
Bayangkan seorang anak kecil yang merengek supaya di belikan gula-gula..

"Nanti ayah belikan, ayah janji", janji seorang ayah kepada anak supaya anak kecil tersebut berhenti merengek...

Sampai masa, ayahnya tidak juga menunaikan permintaan anak kecil tersebut..Bayangkan perasaan anda jika anda berada di tempat kanak-kanak tersebut..

Apa yang anda rasa?
Kecewa?
Sedih?
Marah?


Resolusi yang boleh digunakan, Apa kata kita ubah sikit perkataan janji...apa kata ubah kepada "saya cuba" daripada "saya janji" Bila kita cuba tak semestinya kita berjaya tapi sekurang-kurangnya kita dah cuba..jangan tak cuba langsung sama juga nanti, menuju ke arah munafiq..
Fikir-fikirkanlah..


Sekadar untuk berkongsi...Sharing is Caring

09 April 2009

antara terima kasih..thank you..arigato..

ucapan terima kasih..thank you...arigato..syukran...dan macam2 lagi merupakan pengiktirafan@penghargaan melalui lisan iaitu kita mengucapkan perkataan tersebut

selalunya perkataan itu akan keluar secara automatik dari mulut apabila ada orang menolong kita di dalam sesuatu situasi

Kasim menolong Rahmat mengangkat barang kerana Rahmat baru berpindah ke kawasan kejiranananya...

"Assalamualaikum, saya Kasim. errr, encik ni baru berpindah ke sini ke? boleh saya bantu?" Kasim menawarkan diri untuk membantu

"Waalaikum salam, saya Rahmat..saya baru saja pindah ke sini..sebelum ni saya tinggal di taman yang berdekatan" ujar Rahmat.

"buat susah2 je cik nak bantu saya...tapi kalau tidak keberatan boleh juga" ulas Rahmat

2 jam kemudian, mereka siap memunggah barang bersama beberapa orang kawan Rahmat.

"terima kasih cik..cik Kasim sebab menolong saya. kalau cik takde tadi entah2 belum siap lagi kami punggah barang" ucap Rahmat

"ala cik Rahmat, benda kecik aje..lagipun kita kan hidup berjiran...hari ni hari cik..manala tau sok lusa hari saya pulak," seloroh Kasim.

situasi di atas merupakan contoh di mana penggunaan ucapan terima kasih

biar pun terdapat mcm2 bahasa atas muka bumi tapi maksudnya tetap sama...
tak kiralah terima kasih, tahnk you, arigato, syukran dana macam2 lagi
tujuannya tetap sama.....untuk menghargai seseorang atas bantuan mereka

tapi seringkali kita lihat sekarang...perkataan tersebut jarang keluar dari mulut kita
perkataan itu seolah sudah hilang...menjadi perkataan asing

kenapa?
mungkin sebab kurang diterapkan dalam kehidupan seharian

kanak2 kurang diajar menggunakan perkataan tersbut
lalu mereka mengabaikan penggunaanya

atau orang sekarang kurang budi bahasa

atau mereka malu untuk mengucapkannya

bayangkan anda menolong seseorang dengan bersungguh-sungguh
selepas itu taun punya badan buat tak tahu

bukan anada mengharapkan upah...anda ikhlas membantu

umpama susu di balas tuba

Apa agaknya perasaan anda????

08 April 2009

antara sudu dan tangan???

kita seringkali tengok...
masa kita kuar jalan2 lepas tu kita pergi makan

orang dengan cara makan masing2
ada yang pakai tangan
ada yang pakai sudu garfu
kita jarang nampak orang mkn guna tangan kat restoran

sebab apa?
mungkin sebab mereka malu
yela...makan kat restoran
pakai tangan lagi
nampak mcm kampung je
hahahaha

tapi ada satu perbualan ni
"Mat, kenapa kau makan dengan tangan kat sini? aku malula,"
"dahla dekat restoran, nampak macam kampung je" ujar seorang rakan

mamat terus makan dan tidak menghiraukan kawannya Ali..
apabila beredar dari restoran tersebut, maka si Mat pun bersuara

"Ali, ko nak tau kenapa aku makan pakai tangan td?" tanya si Mat kepada Ali

"kenapa?" balas Ali dengan muka yang penuh harapan.
muka seorang teman yang betul2 perlukan penjelasan

"sebab aku tengok kat restoran tu, sudu dan garfu dicuci tak bersih!!"
"aku nampak masa aku pegi toilet tadi"

Ali beristigfar panjang. dalam hatinya sedikit geram kerana mamat tak bagitau apa2.
sejak hari itu si Ali akan makan dengan tangan bila keluar ke mana2
ataupun dia akan bawa sendiri sudu dan garfu

p/s: moral dari cerita ni adalah untuk ajar kita pasal kebersihan
kadang2 kita lupa nak basuh tangan bila nak makan
bedal aje lepas tu sendawa...adoila

kan tangan kita dah pegang macam2.. apala salahnya kalau basuh dulu tangan baru makan
kalau makan kt restoran sebelum makan tak salah kalau kita basuh dulu sudu garfu yang kita nak guna tu

aku pernah terbaca...di zaman sahabat kalau tak silap...ada sorang hamba Allah ni
masa kat majlis besar...orang semua pelik tengok dia makan dengan tangan
bila orang tanya dengan selamba dia jawap
"sekurang2nya aku tau ak dh basuh tangan aku ni...dan untuk apa aku dh gunakan tangan aku ni" sudu dan grfu kamu tu..kamu tau kebersihan dia?"
hahahaha

Kebersihan adalah sebahagian daripada iman....

sekian~~~

06 April 2009

manusia itu bukan sempurna....

arakian tersebutlah kisah...
kisah ini diceritakan dari seorang sahabat yang namanya dirahsiakan

kisahnya bermula di sebuah sekolah...salah sebuah sekolah elit di Malaysia
pelajar ini akan menghadapi salah satu peperiksaan terbesar di Malaysia iaitu SPM

antara subjek yang bakal diduduki ialah lukisan kejuruteraan yang merupakan subjek fevret bagi pelajar yang mendudukinya...
hampir setiap kali peperiksaan pelajar ini akan skor subjek ini iaitu 100%. beliau yakin dengan kemampuan beliau.

setelah hampir 2 tahun berlalu...maka sampailah hari percubaan SPM
pelajar yang gigih ini menjawap peperiksaannya dengan bersungguh-sungguh.
seperti biasa targetnya ialah 100%

di kala hari mendapat keputusan percubaan itu, beliau terkejut kerana tidak mendapat markah penuh
dengan rasa sesal dan agak kecewa beliu berjumpa dengan guru yang menanda kertas beliau

"cegu, kenapa saya tak dapat 100 markah?"ujar beliau kepada lelaki separuh umur itu

"jawapan saya semua betul. saya dah cek dengan kawan saya", beliau menambah lagi

guru tersebut pun menjawap,"ala...cegu padam lukisan kamu, bia kamu tak dapat markah penuh" jawap guru tersebut

"tapi kenapa cegu?"pinta si pengadu..

dengan selamba guru itu menjawap.."dalam hidup ni takde yang sempurna, yang sempurna itu Allah"

terdiam pelajar itu kerana mendengar jawapan guru tersebut. beliau puas dengan jawapan yang diberikan oleh gurunya itu..

sungguh mendalam kata2 gurunya...

ingatlah..semua yang ada dalam dunia ini tidak sempurna..
kita manusia tidak sempurna...banyak khilaf yang kita lakukan tanpa sedar atau tidak
tapi yang pasti, kita sebagai hamba perlu menyiapkan diri kita sebagai persiapan mengadap Allah, pencipta sekelian alam...

sesungguhnya yang sempurna itu hanya satu, Allah...