16 April 2009

Oh ibu

Ibu..ibu

Engkaulah ratu hatiku

Bila ku berduka

Engkau hiburkan selalu

Ibu..ibu

Engkaulah ratu hatiku

Lagu tersebut pernah popular satu ketika dahulu. Ia merupakan lagu tema bagi iklan susu tepung. Bukan iklan yang menjadi topik kita tetapi seorang wanita yang bergelar ibu...

Ibu,

Orang yang mengandungkan kita selama 9bulan 10hari.. Selama itulah kita makan dan minum bersamanya.. Apa saja yang ibu makan kita makan.. Begitu juga minumnya.. Kita juga dibawa ke mana saja..

Apabila sudah sampai tempoh matang atau cukup bulan maka lahirlah seorang putera atau puteri... Mereka inilah yang dibaja dengan sepenuh kasih sayang.. Dibelai dan dimanj.

Hari demi hari dilalui dan kita membesar.. Dari bayi kemudian kanak-kanak seterusnya remaja dan sehigga kita besar.. Menjadi manusia berguna hasil didikan mereka yang bergelar ibu

Mungkin anda pernah menghadapi situasi ini:

“Lan, tolong belikan emak gula kat kedai”, pinta seorang ibu...

Jawap anaknya, “Ah malasla mak”, bentak seorang anak

Mungkin juga ini:

“Mak, hari ni orang ada kelas tambahan , orang balik lambat”, bohong seorang anak kepada ibunya

Si Ibu yang percaya bulat-bulat kepada anaknya mengiyakan saja dan memberi wang saku tambahan sebelum menurunkan anaknya di depan pagar sekolah walhal ibu tersebut mentah-mentah ditipu anaknya.

Percaya atau tidak situasi ini memang berlaku dalam kehidupan seharian kita. Sama ada sedar atau tidak kita seringkali menyakiti ibu kita, menyinggung perasaannya dan juga menyakiti hatinya.

Pernahkah kita terfikir bagaimana selama 9 bulan ibu kita membawa kita bersama-samanya.. Di hari kita dilahirkan ibu sebenarnya bertarung dengan maut untuk melahirkan kita. Tergamak kita lakukan ibu kita sebegitu rupa.. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu

Cuba bayangkan satu hari, anda berada di rumah bersama keluarga anda. Anda tersedar lebih awal dari semua orang.. Ibu anda juga terlewat ketika itu.. Bangun dalam keadaan sunyi bayangkan pada hari itu ibu anda telah pergi mengadap Ilahi. Pergi hakiki yang tidak pulang. Walhal setiap pagi, anda bangun dengan melihat senyuman ibu dan sarapan yang sudah terhidang.

Mungkin semalam anda ada menyakiti hatinya, melukai hatinya. Anda belum sempat memohon maaf.. Anda juga belum puas mengatakan yang anda sayang padanya... Bagaimana?? Menyesal?? Mungkin sudah terlambat..

Ingatlah ajal dan maut di tangan Allah. Bila-bila masa saja nyawa ibu boleh dicabut. Begitu juga nyawa kita, adik-beradik, sahabat dan sesiapa saja.. Apa salahnya kita menjaga hati ibu kita, menyayangi ibu sepenuhnya dan mungkin mendengar perintah ibu..semua itu tak perlukan bayaran..

Ramuannya adalah sedikit pengorbanan diadun dengan sedikit usaha dicampur rasa hormat dan sayang kepada ibu mungkin formula untuk mentaati ibu boleh terhasil

FORMULA UNTUK TAAT IBU:

Pengorbanan + Usaha + Sayang + Hormat --> (PUSH)= Kegembiraan ibu!!

Terlalu terbeban? Susah? Bagaimana ketika ibu anda membawa anda selama 9 bulan, melahirkan anda dan juga membesarkan anda..bagaimana situasi tersebut? Pernah terlintas di fikiran anda?

Sayanglah di kala ada, taatilah semasa hidup dan doakanlah kesejahteraannya pabila sudah pergi. Jasa dan pengorbanan ibu terlalu besar.. Tak mampu diungkapkan dengan kata-kata.. Tak terbayar dengan wang ringgit.. Tidak ada satu benda di dalam dunia yang dapat membalas jasa ibu kita...

~AMPUNKAN KHILAFKU IBU~

2 comments:

  1. aku syg ibu aku...
    ma, i'll always luv u...

    ReplyDelete
  2. sape yg xsyg mak bro...
    sume org syg...
    tp 2la kdg2 kita xprsn...

    ReplyDelete