19 April 2009

Peraturan dan Undang-undang

Assalamualaikum

"Rules are meant to be broken".. Benarkah pernyataan tersebut.. Boleh diguna pakaikah kenyataan itu.. Sejauh manakah kebenaran kenyataan tersebut?

"Why do you stop? Come lets go. We've already late to the office", rungut John kepada David yang memberhentikan kereta di lampu isyarat apabila lampu bertukar kuning.

Mereka berdua sudah terlewat ke pejabat pada pagi isnin tersebut kerana pergi berfoya-foya semalam. Pagi tersebut mereka ada pembentangan di pejabat melibatkan projek bernilai jutaan ringgit. Hobi mereka berdua pada hujung minggu adalah menghabiskan masa di kelab malam sekitar KL dan meneguk air kencing syaitan ditemani pegawai perhubungan pelanggan (GRO). Itu sudah menjadi rutin mingguan mereka.

Sebaik saja David menekan pedal minyak dan berlepas sebiji motosikal yag ditunggang laju melintas di hadapan mereka. Satu dentuman yang kuat terhasil. Kelihatan penunggang motosikal tersebut terbaring di tengah jalan berlumuran darah, kaku.

David dan John pucat lesi kerana terperanjat. Beberapa ketika kemudian pihak polis dan ambulans sampai di tempat kejadian. John dan David ditahan bagi membantu siasatan.


Disebabkan sikap yang terburu-terburu, satu nyawa sudah melayang. Projek yang bernilai jutaan ringgit sudah jatuh ke tangan orang lain. Benarkah pernyataan "Rules are meant to be broken" sekarang?

Disebabkan melanggar undang-undang yang telah ditetapkan, pelbagai perkara boleh terjadi. Begitu juga dengan lain-lain peraturan dan undang-undang yang telah digubal oleh kerajaan bagi memastikan rakyat Malaysia hidup dengan aman dan sejahtera. Dengan dasar demokrasi, rakyat bebas melakukan sesuatu selagi perkara tersebut tidak melanggar peraturan.

Namun begitu, manusia sememangnya terkenal dengan sifat degil yang enggan menuruti peraturan yang telah ditetapkan. Sesiapa pun tidak suka terkongkong dan dikawal. Semakin mereka dikawal semakin mereka memberontak.

Lihat saja di dada akhbar, sebagai contoh kes remaja lari dari rumah kebanyakannnya berasal dari rasa tidak puas hati dan marah remaja kepada ibu bapa. Mungkin tidak puas hati dengan "do's and dont's" yang ditetapkan ibu bapa mereka.

Sekiranya tiada undang-undang di dalam dunia ini manusia tidak ubah seperti haiwan, yang hidupnya tiada panduan di mana yang kuat dan berkuasa akan menindas kelompok yang lemah. Yang besar akan terus bermaharajalela manakala yang kecil akan hidup dalam ketakutan.




Singa..Raja di hutan

Dek kerana itulah manusia dikurniakan akal fikiran oleh Allah, akal yang dapat membezakan antara baik dan buruk agar manusia menggunakannya pada jalan kebaikan. Manusia juga dikurniakan satu penyakit yang kronik iaitu pelupa. Sesuai dengan gelaran manusia, insan ataupun nis yan dari perkataan Arab bermaksud "LUPA".
Manusia seringkali alpa untuk menunaikan tanggungjawab yakni menurut undang-undang yang telah ditetapkan.


Kerana akal itulah maka diciptakan syurga dan neraka serta hukum dosa dan pahala. Kita sebagai hamba Allah terikat dengan undang-undang dan peraturan yang ditetapkanNya. Jika menurut pasti ganjaran pahala sekiranya ingkar maka dosalah yang menanti.

Lihat saja Nabi Adam A.S manusia pertama yang dicipta Allah, dengan mudah terpengaruh dengan hasutan Syaitan supaya memakan buah Kholdi mengakibatkan kemurkaan Allah. Peraturan yang ditetapkan Allah diingkar Nabi Adam A.S yang menyebabkan Nabi Adam A.S dikeluarkan dari syurga. Puas Nabi Adam memohon keampunan baru akhirnya doanya dimakbulkan Allah.

Sebagai hamba kita tertakluk, tertakluk dengan undang-undang dan peraturan seperti solat, menjaga aurat, bercakap benar dan pelbagai lagi peraturan jika dipatuhi sudah pasti di akhirat kelak dijanjikan syurga Allah. Malaikat Munkar dan Nakir sentiasa mencatat segala kebaikan dan kejahatan yang kita lakukan.

Terserah anda sama ada untuk menurut peraturan dan undang-undang yang ditetapkan atau tidak. Sesuatu yang sangat indah tentang Islam ialah tiada paksaan dalam melakukan sesuatu. Mungkin di dunia anda melanggar peraturan dan terlepas dari hukuman. Tapi jangan sekali-kali lupa bahawa akhirat itu pasti. Setiap apa yang kita lakukan di dunia pasti mendapat pembalasan di sana. Sekarang, cuba anda tarik nafas dalam-dalam dan cuba renungkan seketika apakah yang telah anda lakukan pada hari ini? Apakah anda menunaikan tanggungjawab anda sebagai hambaNya?


GUNAKANLAH NIKMAT AKAL YANG DIKURNIAKAN SEBAIK-BAIKNYA, SEMOGA KITA SAMA-SAMA BEROLEH KESENANGAN KELAK


-AMEEN-
-WASSALAM-


3 comments:

  1. Tgk le peraturannye macam mana.. Peraturan pon dibuat oleh manusia.. Manusia selalu buat kesilapan dan lalai..

    So, jika peraturan itu tak betul, tak semestinya kita ikut.. Apa yang penting, kita sentiasa taat pada peraturan dan undang-undang Allah s.w.t..

    Betul bro?

    ReplyDelete
  2. haha
    lbih kurangla
    ak nk jd pnulis tp xde bakat
    hahahah

    ReplyDelete