26 April 2009

INI DINAMAKAN TAKDIR

SALAM

Lumrah hidup manusia, yang muda akan tua dan yang tua sudah pasti akan meninggalkan kita dalam erti kata lain, meninggalkan dunia yang fana ini. Ini tidak bermakna manusia hanya akan mati pabila tua. Tidak benar sama sekali. Maut tidak mengenali sesiapa, bila tiba ajal seseorang itu maka terputuslah antara roh dan jasad. Terhenti perhubungan antara individu tersebut dengan mereka yang digelar adik-beradik, sahabat handai serta keluarga. Terhenti juga segala urusan di muka bumi serta amalan manusia itu.

Dalam entri yang lepas, saya ada menyentuh mengenai TADBIR, Manusia yang diberi pilihan untuk mentadbir dirinya, diberi kebebasan untuk membuat keputusan dan berusaha untuk mencapai sesuatu yang diidamkan. Lain pula untuk TAKDIR, di mana takdir itu suatu yang sudah pasti yang telah ditetapkan Pencipta. Apa cara yang diusahakan manusia tidak dapat melawan takdir.

Terdapat beberapa yang telah ditetapkan atau ditakdirkan dalam kehidupan manusia seperti ajal dan maut seseorang serta jodoh dan pertemuan. Ini merupakan contoh mudah yang boleh dirungkaikan kerana sesiapa saja mengerti serta memahaminya.

Takdir Allah tidak boleh diubah kerana segalanya telah ditetapkan, sebelum kita lahir ke dunia lagi, seawal kita manusia berada di alam roh. Bila berbicara tentang takdir, ramai orang akan berserah bulat-bulat tanpa mahu berusaha dan berdoa.

“Ala, dah takdir nak buat macam mana, biar jela”, keluh Rahim

“Aku pasrah, memang dah tertulis aku akan dapat penyakit ni”, kata Zubir perlahan

Manusia dikurniakan dengan akal fikiran, sesuatu yang membezakan manusia dengan haiwan, malaikat serta jin dan iblis. Gunakanlah akal untuk sesuatu yang baik di mana kita boleh memilih untuk mentadbir. Memang sudah ditetapkan tetapi hal ini berkait dengan Rukun Iman, iaitu percaya dengan Qada dan Qadar. Berusahalah untuk mendapat keredhaan sebelum terputus segala urusan kita di Bumi Allah ini agar kehidupan selepas mati lebih bermakna, dipermudahkan Allah dan berada di landasan yang betul.

Oleh itu harus diingat lima perkara sebelum sampai lima perkara:

· Muda sebelum Tua

· Sihat sebelum Sakit

· Lapang sebelum Sempit

· Kaya sebelum Miskin

· Hidup sebelum Mati

Kita tidak tahu bila kita akan pergi, pergi yang tidak kembali oleh itu ambil jalan selamat kerana terdapat tiga perkara dapat membantu kita di sana kelak iaitu, ilmu yang diajarkan, doa anak yang soleh, harta yang dibelanjakan di jalan Allah (amal jariah seperti sedekah, membina masjid, derma kepada yatim)

Mungkin cara kematian yang berbeza, terkorban ketika berjihad di jalan Allah, menghembuskan nafas terakhir semasa tidur atau sebagainya. Macam-macam cara manusia meninggal dunia, setiap satu mempunyai sebab. Sebab yang mendatangkan logik kepada kewarasan akal fikiran supaya kematian itu tidak disangkal.


“Macam mana almarhum meninggal?”, Tanya Pak Abu

“ Sakit, Pak Abu, sakit Asma”, jawap si Leman.



Asma menjadi sebab kepada kematian tetapi yang sebenarnya, sudah sampai
ajal si mati untuk meninggalkan dunia ini.



Ya Allah, cucurilah Rahmatmu kepada semua kaum Muslimin dan Muslimah yang telah meninggal dunia, tempatkanlah mereka di kalangan orang yang beriman. Terangilah kubur mereka seperti tamanMu di syurga, Ameen.

Manusia dicipta berpasang-pasangan. Sejak dari zaman Nabi Adam A.S, baginda sudah diciptakan pasangannya, Hawa. Orang cakap, jodoh tak datang bergolek. Biarpun jodoh itu sudah ditetapkan tetapi manusia tetap perlu berusaha. Kitaran sama seperti kita belajar, di mana usaha diletakkan supaya kita mengecapi keputusan yang diidamkan. Begitu juga jodoh, tetapi tidaklah perlu terlalu dikejar.

Apabila sudah menemui pasangan anda, gunakanlah agama dan adat sebagai panduan supaya perhubungan yang terbina kekal, insyaAllah. Jangan terlalu mengikut hawa nafsu kerana syaitan sentiasa menghasut kita, menjerat kita agar kita termasuk dalam golongan mereka.

Gunakanlah medium yang betul dan lakukan rujukan. Islam telah meletakkan
garis panduan dalam memilih jodoh iaitu:

· Beragama, berilmu

· Berasal dari keturunan yang baik

· Berharta

· Paras rupa

Empat kriteria tersebut telah ditetapkan. Jadi gunakanlah sebagai panduan dan diguna pakai. Jangan diikutkan hati. Ikut hati Mati. Ikut rasa Binasa.


Perkenalan..Merisik..Bertunang..Menikah

Sememangnya takdir itu sesuatu yang sudah tetap tetapi manusia diberi kuasa untuk mentadbir. Gunakanlah kelebihan yang dianugerahkan itu semaksimum mungkin. Berusaha, Berdoa dan Bertawakal. Selalulah mengingati mati agar kita sentiasa beringat. Sebagaimana yang pernah saya katakan, manusia mudah lupa. Jadi dengan mengingati mati, insyaAllah kita akan sentiasa berwaspada dan ingat asal kejadian kita serta Pencipta kita.


"Man Jadda Wa Jadda", setiap sesuatu yang diusahakan insyaAllah pasti berjaya

8 comments:

  1. dan kadang2 manusia sntiasa nk salahkan takdir if anything happen... btl tak???
    anyway, ur words make me wake up from tido yg terlalu lena... =)

    ReplyDelete
  2. manusia mmg sentiasa kurang rasa syukur..kurang rasa puas..sebab tu takdir di salahkan..lebih kurang mcm tu la...mcm yg diulas...kita boleh memilih..mentadbir..kenapa nak slhkn tkdir??

    ReplyDelete
  3. stuju bgusla...kalau ade yg slh jgn malu2...tlg btulkn...

    ReplyDelete
  4. bagus la lu punya blog..
    macam2 cerita ada..
    banyak konsep ilmiah..

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. blaja2 je...rmi lg yg bgs2..thnx utk komen anda..kalau ada cdgn sila kongsi bersama =)

    ReplyDelete
  7. suka la baca. i'm a new follower. plz write again and speak out ur mind.

    nazzatul, sg buloh.

    ReplyDelete