06 July 2009

MUNGKIN YA…MUNGKIN TIDAK

ASSALAMUALAIKUM

Mungkin pelik bagi anda melihatnya tetapi situasi ini benar-benar berlaku:

- Seorang wanita mengenakan purdah tatkala dia keluar bersiar-siar,

Tetapi anda tidak pelik melihat seorang wanita yang mendedahkan auratnya

Mungkin anda akan tertanya-tanya jika:

- Seorang lelaki berkain pelikat ke pusat membeli belah,

Tetapi menjadi lumrah melihat seorang lelaki memakai “short” pabila melepak

Mungkin anda tidak hairan apabila:

- Lelaki atau wanita mewarnakan rambutnya

Tetapi anda mungkin menggaru kepala melihat kumpulan orang yang berserban (tabligh) bertandang ke rumah anda

Mungkin anda tidak kisah sekiranya:

- Rakan anda bercerita perihal orang lain (mengumpat)

Tetapi anda pasti gusar sekiranya tiba-tiba rakan tersebut bercerita tentang akhirat dan kematian

Mungkin anda akan mentertawakan:

- Sepasang lelaki Bangladesh berjalan berpimpin tangan

Tetapi anda selesa bila melihat sepasang lelaki dan perempuan yang bukan muhrim jalan berpimpin tangan

Jika diteliti situasi tersebut dengan mata hati dan akal, mungkin anda baru terperasan di mana anda sebenarnya. Mungkin anda pernah terlihat situasi ini? Anda sendiri pernah menjadi golongan ini? Sama-sama kita renungkan dan fikirkan. Kadang-kadang kita terlepas pandang perkara ini atau kita mengambil remeh maka kita terlupa apa yang betul dan apa yang salah. Lalu timbullah perkara seperti contoh tersebut. Kita semacam lali dengan perkara yang salah dan menjadi hairan melihat orang melakukan perkara yang pada kita janggal tetapi sebenarnya itu sesuatu yang betul.

Dari mana datangnya semua ini, sebuah kotak yang bisa mengeluarkan gambar dan suara yang dipanggil televisyen. Televisyen cukup penting dalam kehidupan kita. Sangat penting kerana kita bisa memperolehi pelbagai input yang mendatangkan manfaat kepada kita. Begitu juga dengan pengaruh yang kurang elok sebagaimana yang kita lihat pada hari ini. Cara berpakaian, gaya hidup, pertuturan dan pelbagai lagi aspek dalam kehidupan seharian kita.

Di mana silapnya ini semua? Mungkin ada yang sedar dan ada yang tidak kita sebenarnya telah dijajah. Dijajah dari segi apa kerana negara kita bebas merdeka? Tanpa kita sedari sebenarnya minda kita dijajah kerana kita sudah lali dengan perkara-perkara tersebut akibat disumbat serta dihidangkan rancangan-rancangan yang berunsurkan cara hidup orang Barat. Rancangan tv di Malaysia juga mengalami perubahan yang semakin terikut-ikut dengan arus perdana yang menghidangkan rancangan dari genre yang sama.

BERFIKIR DENGAN AKAL YANG WARAS MENGHASILKAN JAWAPAN YANG BERNAS

Bezanya di Malaysia, agak bertapis kerana kita punya sesuatu yang dipanggil “adab ketimuran” yang jika dilihat sebenarnya hanya tinggal pada nama. Terdapat juga lembaga penapisan seperti FINAS yang menapis agar tidak keterlaluan. Natijahnya tetap sama. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Di mana kita berdiri sebenarnya? Kekadang kita terikut-ikut dengan cuba mengamalkan apa yang diperolehi dari televisyen dan mungkin juga berada di tengah-tengah kerana kewarasan akal kita yang dapat menapis perkara yang baik dan buruk. Itu terpulang kepada kita kerana semua itu datang dari kita, melalui keputusan kita.

Begitu juga dengan jaringan internet. Semuanya di hujung jari. Dengan satu klik informasi dekat dengan kita. Kita yang memilih untuk menggunakan itu ke arah kebaikan atau keburukan. Semua inilah yang mempengaruhi kita. Kita sendiri sedar, yang kita sangat mudah terpengaruh dengan perkara negatif berbanding positif. Sungguh sukar kerana minda yang dipupuk dengan perkara negatif sejak dari kecil lagi. Ditambah pula dengan hasutan si “dia” yang sangat gemar kita melakukan keburukan yang menjerumus kepada maksiat. Terpulanglah kepada diri untuk memilihnya. Kita punya pilihan untuk memilih. Pilihlah sebijaknya kerana setiap pilihan mendatangkan kesan. InsyaAllah.

Meminjam kata-kata Nabil, si Raja Lawak,

“ Lu orang ada mulut, lu orang diam..Lu orang ada mata, lu orang tengok..

Lu orang ada otak, lu orang fikirlah sendiri ”

7 comments:

  1. inilah tanda-tanda lemahnya iman.

    ReplyDelete
  2. setuju..justeru apa jalan penyelesaian?
    boleh kongsi bersama?

    ReplyDelete
  3. Tapi kan,

    aku pelik dengan orang yang suka mengata orang lain, mengejek orang lain, saja nak sakitkan hati orang lain.

    Padahal orang tu tak pernah pun buat benda2 tu kat orang yg mengata tu.

    Pelik kan?

    Setengah orang mungkin anggap benda ni sekadar jenaka, nak bergurau dengan rakan-rakan. Tapi kena ingat, melawak pun ada batas dia.

    Pernah tak orang yang mengata, mengejek, dan menghina orang lain tu menggunakan alasan untuk melawak, fikir balik sama ada orang yang terlibat tu kecik hati, terasa, dan rasa terhina?

    Kan dah dapat dosa kering tu?

    Bak kata nabil, lu pikir la sendiri, hehe

    ReplyDelete
  4. setuju..kekadang niat macam nak melawak je tapi bila dah terlampau sangat nanti orang yang kena terasa..selalu gak kena..boh layan jela

    mulut manusia ni tak abis...nanti dh penat mesti diam sendiri

    ReplyDelete
  5. betol...mulut manusia kan...mane lei tutup..lainlah mulut tempayan...lei la ditutup..:)..yg jahat jadikan sempadan yg baik jadikan tauladan..

    ReplyDelete
  6. blh je nk tutup..tapi kna kejam ckt..jahit mulut 2..tapi nnt ade tgn yg blh mnulis..mcm2 blh tulis..manusia..manusia

    ReplyDelete
  7. ada yang lagi pelik, pompuan seksi gi surau mall, semayang, org yang pakai tudung, wat2 tatau... uhukz,,,

    ReplyDelete